Selasa, 5 Jun 2012

ORANG YANG BENAR2 BERILMU...DAN TAK MENGHARAP HABUAN DUNIA...HANYA MEMILIH YANG HAQ...ORANG BENAR2 TAQWA MEREKA DAPAT LINDUNGAN ALLAH SWT...MEREKA TAHU BAGAIMANA NAK MEMILIH KAWAN...MILIH PARTI YANG PERLU DISOKONG...MANE2 GURU AGAMA TAK SOKONG PERJUANGAN ISLAM...WAYER SATU DAH PUTUS...FUSE DAH TERBAKAR...

Kenapa Fathul Bari takut debat?

http://pemudagombak.com, 05 Jun 2012
31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melelaui emel dan fax.
Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU
Tajuk yang kami kemukakan ialah “PAS vs Umno : Siapa Sesat” dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.
Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.
Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com.
Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338
Kenapa Pilih Tajuk Ini?
Antara persoalan yang timbul daripada pihak ILMU, media malah para rakan FB ialah mengapa pilih tajuk ini?
Ya, tajuk ini nampak kontroversi dengan perkataan “sesat” pada tajuk debat.
Wacana bertajuk "PAS - Parti Ajaran Sesat" fathul Bari boleh jadi ahli panel pula, tapi debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat" takut?
Tahukah anda, selama ini Umnolah yang selama ini mempopularkan tajuk ini dengan tuduhan yang dilemparkan kepada PAS – Parti Ajaran Sesat?
Apa kata Ulama Muda Umno?
Malah, tajuk ini sudah diwacanakan oleh Umno dan ia menjadi kelebihan kepada ILMU.
Nah, salah seorang penelisnya ialah Fathul Bari yang gentar dengan tajuk debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat".
Lebih jauh lagi, Ustaz Fathul Bari, jurucakap ILMU yang menjadi pembentang utama wacana tersebut!
Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya
Justeru, inilah medan terbaik untuk ILMU memberi penjelasan yang terbuka di pentas debat yang kami sediakan.

Bukankah ini satu tawaran yang cukup lumayan bagi ILMU? inilah medannya untuk ILMU mendedahkan ‘kesesatan’ PAS!
“Kami mahu berdebat dengan TGHH dan TGNA”
Ini respon awal mereka yang dipetik daripada web www.antarapos.com.
Fathul Bari cabar TGHH boleh pula? Pemuda Gombak cabar Fathul Bari, ditolak kerana kami bukan pembuat dasar?
(Rujuk: http://pemudagombak.com/v1/?p=1358)
Boleh lihat respon Ust Fathul Bari di http://www.youtube.com/watch?v=xrNsJkgRmW0
Katanya juga “Mereka (Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar”.
Beberpa persoalan yang timbul dari respon Fathul Bari.
1. Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?
2. Adakah ILMU  pembuat dasar dasar Umno?
Ayuh, kita kupas satu persatu persoalan tersebut.
Persoalan pertama, di mana kedudukan ILMU di dalam Umno sehingga merasakan tidak layak berdebat dengan kami dan mahukan Presiden dan Mursyidul Am kami?
Merujuk kepada website Umno, tidak adapun ILMU sebagai sebahagian organisasi dalam Umno.

Malah, Ust Fathul Bari, Dr Fadlan, Ust Fauzan bukan siapa-siapa pun di dalam barisan kepimpinan Umno.
Jika hendak berdebat, biarlah sekufu. Jika hendak berdebat dengan Presiden kami, hantarlah Presiden Umno, baru setaraf, bukan?

Malah, jika hendak dibandingkan taraf dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ILMU masih belum setaraf. Yang setaraf denhgan DPPM ialah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Setaraf dari segi ranking dan kedudukan dalam parti masing-masing.
(Kami difahamkan, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan pernah menghantar jemputan debat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tapi sepi tanpa jawapan)
Paling tinggi pun ialah Fathul Bari, pernah beberapa kali menjadi perwakilan Umno Perlis peringkat bahagian.
Justeru, atas keinsafan ini, kami daripada Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif ini untuk berdebat dengan mereka. Biar kami meninggikan taraf mereka yang tiada apa-apa pun dalam Umno ke sama taraf dengan pemuda kawasan.
Kemudian, kita pergi ke persoalan kedua; Adakah ILMU pembuat dasar?
Jika soalan pertama “Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?”, jawapannya ialah “Tidak ada apa-apa”, apatah lagi soalan “Adakah ILMU pembuat dasar Umno?”.
Oh, sudah tentu tidak sama sekali. Tidak perlu dihuraikan panjang.
Maka, alasan mereka menolak jemputan kami berdebat kerana Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar, sudah tidak releven sama sekali.
Jadi, apa lagi alasan ILMU?
Masih awal untuk ILMU menolak mentah-mentah pelawaan kami. Malah kami berikan masa yang secukupnya untuk ILMU memberi respon kepada kami dan persediaan secukupnya. Di dalam surat kami, tarikh akhir respon debat tersebut adalah pada 14 Jun.
Ayuh ILMU, tunjukkan kebenaran kalian!



31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melelaui emel dan fax. Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU Tajuk yang kami kemukakan ialah “PAS vs Umno : Siapa Sesat” dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno. Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak. Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com. Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338 Kenapa Pilih Tajuk Ini? Antara persoalan yang timbul daripada pihak ILMU, media malah para rakan FB ialah mengapa pilih tajuk ini? Ya, tajuk ini nampak kontroversi dengan perkataan “sesat” pada tajuk debat. Wacana bertajuk "PAS - Parti Ajaran Sesat" fathul Bari boleh jadi ahli panel pula, tapi debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat" takut? Tahukah anda, selama ini Umnolah yang selama ini mempopularkan tajuk ini dengan tuduhan yang dilemparkan kepada PAS – Parti Ajaran Sesat? Apa kata Ulama Muda Umno? Malah, tajuk ini sudah diwacanakan oleh Umno dan ia menjadi kelebihan kepada ILMU. Nah, salah seorang penelisnya ialah Fathul Bari yang gentar dengan tajuk debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat". Lebih jauh lagi, Ustaz Fathul Bari, jurucakap ILMU yang menjadi pembentang utama wacana tersebut! Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya Justeru, inilah medan terbaik untuk ILMU memberi penjelasan yang terbuka di pentas debat yang kami sediakan. Bukankah ini satu tawaran yang cukup lumayan bagi ILMU? inilah medannya untuk ILMU mendedahkan ‘kesesatan’ PAS! “Kami mahu berdebat dengan TGHH dan TGNA” Ini respon awal mereka yang dipetik daripada web www.antarapos.com. Fathul Bari cabar TGHH boleh pula? Pemuda Gombak cabar Fathul Bari, ditolak kerana kami bukan pembuat dasar? (Rujuk: http://pemudagombak.com/v1/?p=1358) Boleh lihat respon Ust Fathul Bari di http://www.youtube.com/watch?v=xrNsJkgRmW0 Katanya juga “Mereka (Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar”. Beberpa persoalan yang timbul dari respon Fathul Bari. 1. Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno? 2. Adakah ILMU pembuat dasar dasar Umno? Ayuh, kita kupas satu persatu persoalan tersebut. Persoalan pertama, di mana kedudukan ILMU di dalam Umno sehingga merasakan tidak layak berdebat dengan kami dan mahukan Presiden dan Mursyidul Am kami? Merujuk kepada website Umno, tidak adapun ILMU sebagai sebahagian organisasi dalam Umno. Malah, Ust Fathul Bari, Dr Fadlan, Ust Fauzan bukan siapa-siapa pun di dalam barisan kepimpinan Umno. Jika hendak berdebat, biarlah sekufu. Jika hendak berdebat dengan Presiden kami, hantarlah Presiden Umno, baru setaraf, bukan? Malah, jika hendak dibandingkan taraf dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ILMU masih belum setaraf. Yang setaraf denhgan DPPM ialah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Setaraf dari segi ranking dan kedudukan dalam parti masing-masing. (Kami difahamkan, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan pernah menghantar jemputan debat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tapi sepi tanpa jawapan) Paling tinggi pun ialah Fathul Bari, pernah beberapa kali menjadi perwakilan Umno Perlis peringkat bahagian. Justeru, atas keinsafan ini, kami daripada Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif ini untuk berdebat dengan mereka. Biar kami meninggikan taraf mereka yang tiada apa-apa pun dalam Umno ke sama taraf dengan pemuda kawasan. Kemudian, kita pergi ke persoalan kedua; Adakah ILMU pembuat dasar? Jika soalan pertama “Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?”, jawapannya ialah “Tidak ada apa-apa”, apatah lagi soalan “Adakah ILMU pembuat dasar Umno?”. Oh, sudah tentu tidak sama sekali. Tidak perlu dihuraikan panjang. Maka, alasan mereka menolak jemputan kami berdebat kerana Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar, sudah tidak releven sama sekali. Jadi, apa lagi alasan ILMU? Masih awal untuk ILMU menolak mentah-mentah pelawaan kami. Malah kami berikan masa yang secukupnya untuk ILMU memberi respon kepada kami dan persediaan secukupnya. Di dalam surat kami, tarikh akhir respon debat tersebut adalah pada 14 Jun. Ayuh ILMU, tunjukkan kebenaran kalian!








Perbak minta JKM selesai kerakyatan anak yatim

Salmiyah Harun, 05 Jun 2012
PUTRAJAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memberi kata dua kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada menyelesaikan masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah seliaan mereka atau berdepan dengan demonstrasi.

Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah berkata, masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah kelolaan JKM sudah berlarutan selama tujuh tahun dan sehingga kini masih belum diselesaikan.

"Saya bagi tempoh dalam masa dua minggu untuk JKM selesaikan, sekurang-kurangnya 10 daripada 20 anak yatim itu dapat kad pengenalan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat selepas dipanggil JKM ekoran pendedahan seramai 1,758 bekas penghuni rumah anak yatim JKM tidak mempunyai kad pengenalan.

Beliau turut menyerahkan senarai 20 orang anak yatim yang pernah menghuni di institusi seliaan JKM yang tidak mempunyai kad pengenalan kepada Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Puan Norani.

20 orang anak yatim berkenaan pernah mendapat perlindungan di Rumah kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Rumah Kanak-kanak Abdul Aziz Perak, Rumah Kanak-kanak Kepala Batas dan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Dalam pertemuan itu juga, Khairul turut memberi amaran kepada JKM akan mendedahkan bukti penyelewengan serta kegiatan tidak bermoral kakitangan JKM termasuklah meliwat anak-anak yatim.

Bahkan katanya, sebanyak tiga kes liwat telah berlaku pada tahun 2009, 2010 dan 2011 di mana ketiga-tiga kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis Melaka Tengah, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap kakitangan JKM terbabit.

Apa yang berlaku katanya, kakitangan JKM terbabit tidak dikenakan tindakan undang-undang sebaliknya hanya dipindahkan tempat kerja sahaja.

"Saya ada bukti bagaimana kakitangan JKM meliwat anak-anak yatim dan bukti itu saya bawa bersama dalam pertemuan ini. Dan pegawai terbabit tidak membenarkan saya dedahkan kepada pihak media," katanya.

Jelas Khairul, jika JKM terus memperbodohkan mereka, beliau tidak teragak-agak akan membawa seorang perempuan yang akan menjadi pengadu pertama.

Di mana perempuan ini, katanya seorang ibu kepada empat orang anak yang terpaksa menjual anaknya kerana sesuap nasi.

"Jangan kata perempuan ini sahaja, saya boleh tampilkan anak-anak yatim yang kini hidup mereka tidak ada arah tujuan yang jadi tomboy pun ada apatah lagi yang jadi pelacur, " katanya.

Justeru, katanya, tindakannya itu sebagai membuka mata banyak pihak yang selama ini mengagung-agungkan JKM dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim, walhal ianya tidak seindah yang digambarkan.

"Apa yang saya buat ini, supaya kita bangkit dari tidur bahawa kita sudah diperbodohkan kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Kononya selama ini JKM membuat kerja, tetapi apa telah terjadi pada anak-anak yatim bukan sahaja tidak terbela bahkan ramai yang tersasar," katanya.

Khairul merupakan Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka. Beliau yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab.

Beliau berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.

Bagaimanapun, ekoran pendedahan berani beliau ini akhirnya permohonan mendapatkan status warga negara, tiba-tiba dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara  sudah diluluskan pada 28 Disember tahun lalu.
Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah
NOOR AZLIDA ALIMIN
5 Jun 2012
Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah
Nik Abdul Aziz mengimamkan solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.

Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris,” katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.

Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.

Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz enggan mengulas mengenai kesudian anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mahu bertanding dalam PRU13.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan akan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Nik Abduh, di masa yang sesuai.

Dalam kenyataan hujung minggu lalu, Nik Abduh berkata beliau menunggu restu daripada ayahnya sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.
PRU: 'Hidup mati' tanda BN sudah goyah, rumus Pakatan
Jamilah Hamzah
5 Jun 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan ia semakin kurang sokongan dan peluang untuk mendapatkan semula negeri-negeri di bawah perikatan itu agak mustahil.

Naib Presiden Pas,  Salahuddin Ayub menyifatkan rakyat kini lebih pandai menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama.

"Hal ini boleh dilihat dengan penglibatan golongan muda kepada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya  yang diadakan baru-baru ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Sinar Harian.

Beliau baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di Johor dalam misi PR bertapak di negeri selatan Semenanjung itu.

Kelmarin, Muhyiddin berkata PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.

Sehubungan itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, setiap anggota jentera parti itu perlu memberi keutamaan kepada setiap kerusi yang ditandingi pada pilihan raya tersebut.

"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita," katanya di ibu negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, apa yang boleh membahayakan parti itu ialah apabila anggotanya terlalu yakin mampu memenangi pilihan raya dengan mudah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, hidup mati BN adalah bergantung kepada Umno semata-mata kerana dua komponen BN, MIC dan MCA sudah lama hilang kuasa dan sokongan rakyat.

"Parti kompenan BN, sudah makin lemah dengan kurangnya sokongan rakyat kepada parti MIC dan MCA.

"Sekarang Umno dilihat jadi penggerak utama kepada BN dan usaha untuk mendapatkan semula kerusi dilihat makin sukar tanpa sokongan yang kuat terhadap dua parti kompenan BN yang lain," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu,  Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menunjukkan mereka masih belum yakin untuk menghadapi PRU13.

"Kita masih belum tahu siapa pemerintah kelak, kenyataan BN adalah kenyataan biasa dan mereka mungkin masih tidak yakin untuk itu," kata Seng Giaw.
Pemuda Pas Perak gesa polis siasat karikatur WWW1
Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2012
Pemuda Pas Perak gesa polis siasat karikatur WWW1
Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kiri) selepas membuat laporan polis semalam.
IPOH - Pemuda Pas mendesak supaya siasatan sama dilakukan ke atas sebuah akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkan karikatur bertajuk ‘Plat Berharga RM500,000’ pada 28 Mei lalu.

Timbalan Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya tidak berpuas hati apabila kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW1 yang dikemukakan di dalam mesej Twitternya pada 28 Mei lalu, diperbesarkan.

Menurutnya, tindakan dan siasatan dilakukan polis Johor dianggap tidak rasional kerana penyiaran karikatur berkaitan bidaan RM520,000 itu disiarkan awal pagi sebelum Mohammad Nizar menghantar mesej dalam laman Twitter.

“Kenapa mesej Mohammad Nizar sahaja diperhatikan sedangkan karikatur dalam akhbar itu disiarkan lebih awal.

“Malahan, akhbar yang sama sekali lagi siarkan karikatur bertajuk ‘WWW1 paling mahal’  keluaran 30 Mei lalu,” katanya, ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat  bagi menyiasat perkara tersebut.

Berdasarkan rekod, bekas Menteri Besar Perak itu menghantar mesej dalam laman Twitter pada jam 4.07 petang hari sama penyiaran karikatur berkenaan.

Selain itu,  Raja Ahmad berkata, mungkin mesej disampaikan Mohammad Nizar secara tidak langsung dipengaruhi dengan kenyataan dikeluarkan akhbar berkenaan.

Kekeliruan timbul apabila hanya kenyataan Mohammad Nizar disiasat sedangkan karikatur yang disiarkan akhbar berkenaan terlepas begitu sahaja.

Beliau berharap, tindakan  sama turut dikenakan ke atas akhbar tersebut kerana ia turut memaparkan isu yang berkaitan.

Tiada ulasan: